Public Islamic Bank merupakan anak syarikat milik penuh Public Bank, beroperasi secara rasmi pada 1 November 2008. Sejak tahun 1993, Public Islamic Bank telah menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam kepada kakitangan kerajaan.
Sebagai salah satu pemain utama dalam industri perbankan Islam dan 5 bank Islam terulung di Malaysia, Public Islamic Bank terus berkembang dengan pertumbuhan modal yang kukuh dari RM30 juta pada tahun 1993, kepada RM4.5 bilion pada 31 Disember 2018.